Thursday, April 28, 2016

Eat and Read.

We are what we eat. We are what we read. Eat well. Read better. Because knowledge would help you to eat well!

Iktibar Hidup #1



1. Recordkan/catatkan tarikh dan masa setelah kita khatam alQuran. Supaya kita sedar sama ada kita sudah tunaikan hak al quran dalam tahun/kala tersebut atau belum.

Nota : [Nasihat ulama'] Direkodkan oleh Hasan bin Ziyad daripada Abu Hanifah, beliau berkata:
“Sesiapa yang baca (khatam) Al-Quran sebanyak 2 kali dalam setahun, maka dia telah menunaikan haknya, kerana Nabi SAW telah membaca (Al-Quran) bersama Jibril semasa tahun baginda diwafatkan sebanyak 2 kali”.



2. Orang yang masbuk atau imam kedua (dan seterusnya), atau bahasa mudahnya, lewat datang ke masjid utk solat fardhu itu belum tentu sebab dia lambat. Barangkali, dia datang awal, tapi mungkin wudhu' terbatal atau perlu selesaikan hajat (membuang) yg menyebabkan dia lambat. Jadi, sangka baik!



3. Kalau pun kita dapat menangis dalam amal ibadah (cth : solat, doa dsb), belum tentu dosa kita terampun pada waktu tersebut! Jadi, teruskan menangis dan meminta ampun! Jangan berhenti!


4. Melihat kebaikan instead of keburukan orang lain, akan membuatkan kita rasa rendah diri.


5. Terjemahan nilai kebaikan bukan melalui perkataan (seperti dalam kamus) tapi melalui perbuatan.


sumber/source

6. Bila kita tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu, bukan bererti kita lebih baik dari orang lain. Kerana barangkali banyak lagi perkara lain yang kita tidak tahu, tapi orang lain tahu! Jadi, rendahkan diri!

Saturday, August 15, 2015

Susah dan Senang itu Sementara

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih
Puji pujian bagi Allah swt serta selawat dan salam keatas baginda Nabi saw.

Tidak ada yang kekal
Semua akan lenyap.
Rasa susah,
rasa perit,
rasa indah,
juga rasa manis.

Jika dunia tidak cukup lama untuk mengutip pahala
usah disingkatkan dengan perbuatan dosa

Sudah terlalu lama kita ditakuk jahiliah
Sudah terlalu lama kita mencari selain Allah

Apakah tidak ada mati untuk kita?

Monday, August 10, 2015

Dosa dan Harapan Syurga

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih
Puji pujian bagi Allah swt. Selawat dan salam keatas Baginda saw.

Semakin banyak kita berbuat dosa,
semakin berat mulut mahu bicara tentang pahala.
Makin banyak kita berbuat dosa,
makin jelas visi syaitan untuk menjauhkan kita dari harapan mendapatkan syurga.

Jangan berhenti.

Tiada istilah mengalah dalam bertaubat.
Tiada perkataan lelah dalam berubah.

Kerana putus asa itu adalah kegembiraan mereka.
Kerana merasa baik itu adalah kepuasan mereka.
Kerana harapan syurga itulah yang mahu dipadamkan pada jiwa jiwa manusia.

Usah menyerah.
Selagi nyawa dan badan belum terpisah,
selagi itu istighfar hamba menghapus dosa.