Tuesday, November 11, 2014

Kenapa Pakai Purdah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih.
Puji pujian bagi Allah swt. Selawat dan salam keatas Baginda saw.


Aishah, 19 tahun, pelajar, wanita muslimah yang berpurdah, namun bukan lah pelajar aliran Pengajian Islam ataupun "Ustazah". Mengambil bidang matematik di UKM. Tahun pertama. Sering di gelar "ustazah" oleh rakan-rakan dek purdah yang dikenakan padanya.

Kelas agama oleh ustaz Amirul yang hanya seminggu sekali itu baru berakhir, para pelajar mula beredar. Meninggalkan beberapa pelajar yang masih belum berhajat untuk pulang. Termasuk lah Aishah.

"Erm Aishah, nak tanya sikit, purdah tu wajib ke?" Nurul Aqilah, rakan baiknya yang duduk bersebelahan dengannya bertanya. "Entahlah" jawab Aishah mudah. Kelihatan matanya mengecil. Tersenyum barangkali. "Aik? Entah? Habis tu, Aishah pakai purdah ni sebab apa? Sekadar suka suka? Ke nak nampak macam "Ninja"? Hehe.." Gurau Aqilah. Sekali lagi mata Aishah mengecil.




"Erm.Okey lah. Sebelum tu, Aishah nak tanya Aqilah dulu. Apa itu sunnah dan apa yang dimaksudkan dengan hukum sunat?" Aishah mengajak Aqilah untuk berfikir. "Ala mudah je. Sunnah tu segalanya dari Nabi saw, baik perbuatan, percakapan, dan semua la. Manakala hukum sunat, semua orang selalu cakap, buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa apa. kan? Kan?"


"MashaAllah, hebat Aqilah ni. Boleh jadi ustazah dah ni. Boleh ganti Ustaz Amirul. Hehe." Aishah bergurau. "Ada je lah Aishah ni. "Aqilah bersuara malu. "Gurau je lah..Okey okey.Kita sambung semula ya" Aishah mengembalikan perbincangan. "Betul sangatlah apa yang Aqilah cakap tadi tu. Tentang sunnah dan hukum sunat. Sunnah sememangnya segala yang bersandar kepada Nabi SAW, bermula dari cakap baginda, akhlak baginda, pakaian baginda hinggalah pemikiran Baginda saw. Cuma ada sikit pembetulan pada definisi hukum sunat yang Aqilah kata tadi tu…"

"Eh salah ke? Astaghfirullahalazim" kerisauan Aqilah jelas terpancar.  "Aishah tak kata salah, sebab Aishah bukan ustazah atau ahli hukum hakam. So, Aishah pun tak berani nak kata orang salah. Cuma Aishah ada pendirian berasaskan sumber yang Aishah sendiri yakin." Aqilah tersenyum kagum mendengar penjelasan Aishah yang sentiasa merendah diri.

"Alah, Aishah ni rendah diri pulak. Macam la Aqilah tak tau, Aishah selalu ikut Ummi Aishah pergi belajar kitab. Jadi, sememangnya Aishah hebat dalam hal-hal agama" Aqilah memuji Aishah. "Segala Pujian kembali kepada Allah, Aishah cuma ikut sikit sikit aja." Aishah memujuk hati supaya tidak terkesan dengan pujian tersebut.

"Okey. Sambung ya. Tentang hukum sunat tu, Aishah pernah ditegur seorang ustazah. Dia cakap, sunat ini sebenarnya sunnah la. Jadi, siapa yang buat, dapat pahala, siapa yang tak buat bukan sahaja tak dapat apa apa, tetapi, dia juga turut rugi. Kan Allah dah sebut dalam surah Al-'Asr, "Setiap manusia itu dalam kerugian.". Cuba kalau Aqilah berniaga. Kalau tak dapat untung masih boleh terima lagi. Sebab masih boleh mengembalikan modal. Tapi bagaiman kalau rugi? Rasa macam dah tak nak berniaga dah kan? Itu baru definisi rugi oleh manusia, inikan pula definisi rugi dari yang maha Pencipta. Pasti dan pasti ia tak baik untuk kita." Hurai Aishah.

"Oooo… Macam tu. Betul betul betul. Baru tadi Ustaz Amirul tegur budak budak yang datang lambat ke kelas menggunakan surah tu. Okey. Erm…Jadi, Aishah pakai purdah sebab hukumnya sunat lah ya? Buat dapat pahala, tak buat rugi…Begitu?" Aqilah kembali bertanya. "Tak jugak" sekali lagi mudah Aishah menjawab. "Pulak dah. Habis tu apa kena mengena dengan sunnah dan hukum sunat yang Aishah terangkan tadi?" Aqilah inginkan penjelasan.

"Sunnah dan sunat itu adalah jawapan untuk soalan Aqilah yang pertama tadi." Aishah menjelaskan. "Oh, jadi, hukum pemakaian purdah itu hukumnya sunat la eh?" Aqilah inginkan kepastian. ""Ya" pada Aishah, mungkin "tidak" bagi orang lain. Ada yang kata wajib, malah ada juga yang kata haram. Macam macam. Tapi pada Aishah, ia tetap sunnah, siapa yang pakai purdah, ada ganjaran besar baginya  InshaAllah." Aishah menjawab. "Eh, tapi, sunnah kan apa yang dari Nabi saw...takkan la Nabi…" Aqilah kelihatan seperti cuba membayangkan sesuatu. Lelaki memakai purdah barangkali.

Aishah ketawa kecil, "Memanglah Nabi saw tak pakai purdah sayang oi… Tapi, isteri isteri dan anak anak perempuan Nabi saw pakai niqab. Ikut sahabat dan sahabiyah itu juga sunnah, sebab mereka hanya melakukan apa yang Nabi saw redha dan mereka pasti akan tinggalkan apa yg Nabi saw larang. Kesannya, di dunia lagi Allah swt sudah beri "title" yang hanya di perolehi oleh ahli syurga di syurga kelak".  " "Title" ahli syurga? apa dia?" Aqilah ingin tahu. "RadiaAllahu'anhu waradhu'anh (Allah redha ke atas mereka dan mereka redha ke atasNya)" jawab Aishah.

"Oooo… Jadi, apa pulak jawapan Aishah utk soalan kedua tu?" Aqilah tetap ingin tahu. "Okeylah. Senang je. Sebab Aishah memilih untuk memakai niqab adalah kerana ia perintah Allah swt. Itu je!" Aishah tenang menjawab. "Ooo. Begitu. Kalau macam tu, boleh kongsikan dengan Aqilah tak dalil dalam Quran menyuruh pakai purdah?" Aqilah kembali bertanya. Aishah terus membuka alQuran terjemahan yang sentiasa dibawakan bersama. "Ha, ini dia. Baca terjemahan ayat ni. Surah al-ahzab, ayat 70-71."


"Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yg benar. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab: 70-71] 


"Eh Aishah, Aqilah tak nampak pun ada disebut pasal purdah? Aishah silap tunjuk kot?" Aqilah cuba mendapatkan kepastian. "Eh, tak lah. Betul lah tu. Aishah tak silap. Ok. cuba Aqilah bacakan untuk Aishah terjemahan ayat tu. "Aishah meyakinkan Aqilah. Lalu Aqilah pun membaca hingga selesai. "Ok. Dalam petikan ayat ini, ada 3 potongan ayat sebenarnya. Cuba Aqilah bacakan potongan ayat yang ke dua dari petikan tersebut" pinta Aishah.


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." [Al-Ahzab : 71]


 "Ok. Kali ni, bacakan potongan ayat ke tiga yang ada pada petikan ayat ke 71 tu." pinta Aishah lagi.


"Barangsiapa mentaati Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


Baca Aqilah sambil tersenyum kagum. "Dah dapat apa yang Aishah nak sampaikan?" tanya Aishah. "MashaAllah, mentaati Allah dan Rasul akan dapat kejayaan yang besar. Itu janji zat yang mencipta kita. Dialah yang mengetahui kejayaan sebenar buat kita. Bukan kejayaan biasa pulak tu. Allah janji kejayaan yang besar lagi" Ulas Aqilah tanda kagum dan terharu.

"Yup! Itulah sebabnya Aishah memilih jalan ini. Sebab jalan inilah yang ada jaminan kejayaan oleh yang Maha Pencipta. Biarlah orang kata Aishah "extremist" atau apa pun, Aishah tak kesah,  sebab ini lah jalan yang sepatutnya semua orang pilih. Iaitu jalan yang ditunjukkan oleh Nabi saw tercinta dan sahabat serta sahabiyah Baginda saw. Mereka itu manusia yang dijamin syurga. Siapa lagi yang kita nak jadikan contoh kalau bukan mereka." tambah Aishah.

"Allah. Lepas ni Aqilah pun pakai purdah jugak la! Hihi" Aqilah menyatakan azamnya. "Amin ya Rab. Suka sangat bila Aishah dengar Aqilah cakap begitu" Aishah mengambil hati. "Hehe...Erm! baru Aqilah teringat. Aqilah pernah terdengar seorang ustaz beritahu. Aqilah tak ingat pulak sama ada hadis atau pepatah. Tapi, ustaz tu beritahu. Antara sifat ahli syurga adalah dia seorang yang lurus (bendul)" Aqilah cuba berkongsi ilmu. "Lurus? apa maksud Aqilah dengan lurus? " Aishah inginkan kepastian.

"Haaaa..."lurus" yang ustaz tu maksudkan ialah, ahli syurga ni, dia tak banyak songeh dalam mentaati perintah Allah swt. Bila dia tau itu perintah Allah swt, maka dia terus buat. Tanpa berkira, memberi alasan dan mempertikaikannya. Dan Aqilah nampak sifat ini ada pada Aishah! Hebatlah Aishah ni!" Aqilah mengagumi Aishah.

"Oooo… Kiranya Aqilah nak kate Aishah ni "lurus" la eh?" Aishah bergurau. "Eh, boleh jugak tu. Hahaha" spontan jawapan dari Aqilah. "Amboiii" Aishah mencubit manja bahu Aqilah. Kedua-dua mereka ketawa kecil. Tiba-tiba satu suara garau menerpa, "Ayoyoyo! Tak mau balik lagi kaa? Semua orang sudah balik la… Saya mau tutup ini bilik la" tegur Pak Guard yang berbangsa India. Penat menunggu agaknya.

"Eh, sorry uncle! Okey, okey, kami dah nak balik dah ni… Hehehe... Jom Aishah!" Aqilah memberi respon kepada pak Guard tersebut. Mereka pun beredar bersama-sama.


-----------------------------------------TAMAT-----------------------------------------------


"Beramallah kerana taqwa, bukan hanya fatwa"


Semoga kalian istiqamah!

Wallahualam.

No comments: